Transformasi Pembelajaran Melalui Gamifikasi: Kajian Keberkesanan Terhadap Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar CTU101
Transforming Learning Through Gamification: An Evaluation of Its Effectiveness on Motivation and Academic Achievement in CTU101
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i3.228Keywords:
gamifikasi, motivasi, pencapaian akademik, pendidikan Islam, teknologi digitalAbstract
Kajian ini meneliti keberkesanan modul gamifikasi dalam menyuntik keazaman dan pencapaian akademik pelajar universiti dalam subjek CTU101. Pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan tinggi telah mewujudkan keperluan untuk menilai semula kaedah pengajaran konvensional, terutamanya bagi kursus berbentuk teori seperti Pengajian Islam. Berasaskan Teori Motivasi Kendiri (Deci & Ryan, 2000), pendekatan gamifikasi berpotensi merangsang penglibatan aktif pelajar melalui elemen autonomi, kecekapan, dan keterhubungan sosial. Kajian eksperimen kuasi ini melibatkan seramai 67 pelajar UiTM Sabah yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata. Data dikumpul menerusi soal selidik berskala Likert 5 mata bagi mengukur tahap motivasi, manakala pencapaian akademik dinilai berdasarkan markah peperiksaan pertengahan semester. Hasil kajian menunjukkan bahawa keberkesanan modul berada pada tahap rendah (min = 1.59, sp = 0.77); namun begitu, kesemua pelajar (100%) berjaya lulus subjek CTU101. Analisis korelasi seterusnya mendedahkan tiada hubungan signifikan antara penggunaan gamifikasi dan pencapaian akademik (p > 0.05). Keputusan ini mencadangkan perlunya integrasi elemen gamifikasi dengan strategi pembelajaran aktif seperti pembelajaran berasaskan masalah untuk memastikan peningkatan motivasi dapat diterjemahkan kepada pencapaian akademik yang berkekalan. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan metodologi pengajaran dalam pendidikan Islam digital, sekali gus membuka ruang untuk penyelidikan lanjutan mengenai keberkesanan jangka panjang gamifikasi dalam konteks pengajian tinggi.
Downloads
References
Ahmad Shafie Mohamad, & Khadijah Abdul Razak. (2019). Gamifikasi berasaskan Quizizz dalam pembelajaran bidang sirah dan tamadun Islam menengah rendah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019.
Azita Ali, Lutfiah Natrah Abbas, & Azrina Mohmad Sabiri. (2021). Keberkesanan pembelajaran gamifikasi dalam pencapaian pelajar bagi topik nombor kompleks. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 108–122.
Emie Sylviana Mohd Zahid, Siti Noor Ain Aziz, & Mahasin Mearaj. (2015). Isu pelajar tidak membawa al-Quran ketika sesi pengajaran dan pembelajaran subjek CTU di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Journal of Contemporary Islamic Studies.
Farah Safura Muhammud, Atiratun Nabilah Jamil, & Mastura Razali. (2023). Pengajaran kolaboratif subjek CTU101: Kajian kesedaran terhadap isu LGBT dalam kalangan pelajar UiTM. Jurnal ‘Ulwan, 8(1), 204–218.
Fathi Abdullah, & Khadijah Abdul Razak. (2021). Tahap minat dan penerimaan pelajar terhadap gamifikasi dalam bidang sirah. JQSS – Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 5, e-ISSN 2590-3799.
Kitikedizah Hambali, & Maimun Aqsha Lubis. (2022). Kepentingan gamifikasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 5(1), 58–64. https://doi.org/10.37231/acerj.2022.5.1
Mohd Fikruddin Mat Zin, Najihah Abd Wahid, Ahmad Shidki Mat Yusoff, Siti Hajar Mohamad Yusoff, & Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff. (2022). Hubungan pelaksanaan gamifikasi dengan motivasi murid dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Jawi di Terengganu. International Journal of Islamic Products and Malay Civilization.
Mohd Syaubari Othman, Mohd Afifi Bahuruddin Setambah, Tajul Rosli Shuib, Mohamed Marzuqi Abd Rahim, & Kama Shafeei. (2021). Hubungan pelaksanaan gamifikasi terhadap penglibatan pelajar dalam Kurikulum al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). The Online Journal of Islamic Education, 9(2).
Mohd Syaubari Othman, Abu Bakar Yusof, Mohd Afifi Bahuruddin Setambah, Tajul Rosli Shuib, & Mohamed Marzuqi Abd Rahim. (2023). Pelaksanaan gamifikasi kurikulum al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Jurnal Ilmi, 13, 1–14.
Muhammad Fikri Mohd Faudzi, Amir Aminuddin Mohd Pouzi, Mohd Azizi Dollah, Muhammad Haziq Mohd Shafie, Ahmad Fauzan Mohd Rahman, & Dearana Morshidi. (2024). Kemahiran dan kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam terhadap penggunaan gamifikasi semasa praktikum fasa 1. International Journal of Future Education and Advances (IJFEA), 1(1). https://doi.org/10.37231/ijfea.2024.1.1
Noorkharilhuda Ibrahim. (2021). Kajian tahap penghayatan pendidikan Islam dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama swasta di Selangor. Jurnal Al-Sirat, 16(1), 73–85. https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/60
Norafifah Ab Hamid, Mohd Faizal P. Rameli, Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, & Siti Nurul Izza Hashim. (2020). Pelaksanaan Pendidikan Islam era Revolusi Industri 4.0 di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Melaka. Journal of Contemporary Islamic Studies.
Nur Zaakirah Abd Hamid, Nadhilah Abdul Pisal, & Norziana Yahya. (2024). Kajian literatur keberkesanan penggunaan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. International Journal of Modern Education (IJMOE), 6(22), 588–602. https://doi.org/10.35631/IJMOE.622040
Nurul Izlin Makhtar, Ummi Syarah Ismail, Abdul Basir Awang, & Nadhilah Abdul Pisal. (2024). Tinjauan rintis tahap kesediaan penggunaan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah agama. Asian Journal of Research in Education and Social Sciences, 6(1), 593–603. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ajress
Rubiah Abu Bakar, & Abdul Manam Mohamad. (2015). Penerimaan pelajar terhadap pelaksanaan kurikulum kursus Prinsip-Prinsip Asas Islam (CTU 101) di UiTM. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 9, e-ISSN 2289-6325. https://doi.org/10.37231/jimk.2015.9.0.81
Siti Mursyidah Mohd Zin, Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Suriani Sudi Phayilah Yama, & Siti Rosilawati Ramlan. (2024). Kajian rintis terhadap keperluan kad gamifikasi mudah kenali ilmu hadis (AsasDith) di Universiti Islam Selangor (UIS). Journal Hadith, 14(27).
Siti Zakiah Abu Bakar. (2024). Keberkesanan pembelajaran gamifikasi dalam kursus perakaunan dengan prestasi akademik dan sikap pelajar. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 9(1), 82–88. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v9i1.10110
Wan Ali Akbar Wan Abdullah. (2022). Panduan reka bentuk gamifikasi patuh syariah. Jurnal Hadhari, 14(1), 1–13.
Zainora Daud, Abdul Muhaimin Ahmad, Norazman Alias, & Norhasnira Ibrahim. (2022). Persepsi pelajar terhadap penggunaan Gamifikasi Tahfiz Global dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Muraja’ah al-Quran. JQSS – Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 6, e-ISSN 2590-3799.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.










