Kaji Selidik Rekabentuk dan Pembangunan Prototaip E-Kinayah Dalam Memahami Teks Terjemahan Al-Quran Kepada Bahasa Melayu

Survey On The Design And Development Of The E-Kinayah Prototype In Understanding Quranic Translation Texts Into Malay

Authors

  • Assoc. Prof. Dr. Nasimah Abdullah Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Dr. Saifulah Samsudin Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Assoc. Prof. Dr. Lubna Abd. Rahman Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) https://orcid.org/0000-0002-4501-3230
  • Ahmad Nazeer Zainal Arifin Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Muhamad Adham Hambali Universiti Islam Selangor (UIS)

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i3.249

Keywords:

Kinayah, terjemahan al-Quran, bahasa Melayu, rekabentuk dan pembangunan prototaip

Abstract

ABSTRAK

 Antara aspek retorik al-Quran ialah gaya bahasa figuratif seperti unsur kinayah. Unsur kinayah menjadi permasalahan dalam terjemahan al-Quran kepada bahasa-bahasa lain kerana maknanya yang bersifat implisit, yang memerlukan terjemahan yang teliti apabila terdapat petunjuk yang jelas dalam teks. Masyarakat Melayu sama ada tua atau muda kebiasaannya akan merujuk kepada teks terjemahan al-Quran secara naskhah bercetak yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit. Penggunaan naskhah bercetak sudah tentu menyukarkan kerana saiznya yang besar, tebal, dan mungkin juga berat. Selain itu, pemerhatian terhadap teks terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu di pasaran menunjukkan bahawa kaedah penterjemahan kinayah kadangkala tidak selaras dengan konteks makna sebenar yang dimaksudkan oleh al-Quran. Keadaan ini menyebabkan masyarakat tidak boleh hanya bergantung kepada satu naskhah terjemahan al-Quran sahaja, malah mereka perlu membuat perbandingan antara beberapa naskhah yang berbeza untuk mengetahui makna sepadan yang dimaksudkan oleh wacana al-Quran. Hal ini bermaksud cabaran utama dalam pembelajaran dan pengajaran unsur kinayah al-Quran adalah kaedah penyampaian yang masih bersifat konvensional. Justeru itu, satu anjakan paradigma dalam kaedah rujukan teks terjemahan al-Quran perlu diusahakan bagi memberi alternatif kepada masyarakat membuat penjelajahan dengan penggunaan aplikasi mudah alih yang sesuai. Sehubungan itu, kajian ini menumpukan kepada penerokaan proses yang terlibat dalam pembangunan prototaip e-Kinayah. Proses reka bentuk dan pembangunannya menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) yang distrukturkan berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE. Fungsi e-Kinayah adalah membantu masyarakat memahami gaya bahasa kinayah al-Quran dan maknanya melalui teks terjemahan dalam bahasa Melayu. Pembinaan prototaip e-Kinayah sebagai model asas diharapkan akan memacu usaha lain di masa hadapan ke arah penghasilan model sebenar yang lebih baik yang diberi nama aplikasi mudah alih e-Kinayah.

 Kata kunci: Kinayah, terjemahan al-Quran, bahasa Melayu, rekabentuk dan pembangunan prototaip.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Dr. Saifulah Samsudin, Universiti Islam Selangor (UIS)

Universiti Islam Selangor (UIS), (Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

Assoc. Prof. Dr. Lubna Abd. Rahman, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Ahmad Nazeer Zainal Arifin, Universiti Islam Selangor (UIS)

Fakulti Sains Sosial, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Muhamad Adham Hambali, Universiti Islam Selangor (UIS)

Fakulti Sains Sosial, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

References

Abdul-Raof, H. (2006). Arabic rhetoric: A pragmatic analysis. Routledge.

Abdullah, Nasimah. (2015). Tarjamah al-Dalalaat al-Majaziyyah al-Qur’aniyyah : Dirasat Tahliliyyah li Asaliib al-Tarjamah fi al-Tarajum al-Malayuwiyyah al-Fardiyyah. Disertasi Doktor Falsafah (tidak diterbitkan). Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kuala Lumpur.

Abdullah, N. (2016). Dauru al-siyāq fī taḥqīq al-tarjamah al-ṣaḥiḥah (The importance of context in the authentic translation). Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 1(1), 113–128. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v1i1.40

Abdullah, N. (2017). ‘Awāmilu Lujūi’ al-Shaikh “Abdullah Basmeih ilā Taṭbīq al-Takafu’ al-Shakli fī Tarjamah al-Dilālāt al-Majāziyyah al-Qurāniyyah. Proceedings of Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara, PAnTUMN2017. (pp. 518-529). Bangi, Selangor, Malaysia.

Abdullah, N. (2021). Unsur kelewahan dalam teks terjemahan al-Quran ke Bahasa Melayu. Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-18. Penyunting: Norhazlina Husin, Muhammad Arsyad Abdul Majid, Noraini Ahmad Basri, Normah Ahmad & Rozaimah Rashidin. Universiti Teknologi MARA, Persatuan Penterjemah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka & Institut Terjemahan dan Buku Negara. 486-502.

Abdullah, N. (2024). Sorotan Literatur Bersistematik Terhadap Terjemahan Majāz al-Quran Kepada Bahasa Melayu. Journal of Contemporary Islamic Studies, 10(2), 1-15.

Abdullah, A. H., & Omar, M. C. (2016). A prolonged dilemma: Traditional curriculum of Arabic Rhetoric (Balaghah) in Malaysia. The Social Sciences, 11(6), 1008–1014.

Abdullah, N. Abd. Rahman, L., & Samsudin, S. (2018). Terjemahan kinayah dalam wacana al-Quran: Analisis teori semantik Newmark. E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 5(2), 256-276.

Abdullah, N., Rahman, L. A., & Samsudin, S. (2020). Terjemahan Kinayah Dalam Wacana Al-Quran: Analisis Teori Komunikatif Newmark. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 5(30), 40-61.

Abdullah, N., Samsudin, S., & Suliman, N. F. (2021). Masalah Semantik dalam terjemahan Majāz Mursal al-Quran: analisis terhadap hubungan Musabbab. al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 6(1), 508-522. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.145

Abdullah, N., Samsudin, S., Rahman, L. A., Arifin, A. N. Z., & Hambali, M. A. (2023a). Analisis Keperluan Pelajar terhadap Penggunaan Teknologi dalam Memahami Terjemahan Kinayah Al-Quran kepada Bahasa Melayu. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 10(2), 65-84.

Abdullah, N., Samsudin, S., Rahman, L. A., Arifin, A. N. Z., & Hambali, M. A. (2023b). Persepsi Pelajar Pengajian Bahasa Arab Terhadap Pembelajaran dan Pengajaran Balaghah Menggunakan Pendekatan Teknologi: The Perception of Arabic Language Studies Students on Learning and Teaching Arabic Rhetorical Sciences Using Technology Approach. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 75-90.

Abdullah, N., Rahman, L. A., Samsudin, S., & Mansor, N. (2024). Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih dalam Pengajaran Terjemahan Kinayah al-Quran kepada Bahasa Melayu. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 11(2), 146-164.

Ahmad Hasbullah. (2001). Perkembangan Retorik Arab Dari Zaman Umayyah Hingga Zaman Abbasiyyah. Dalam Monograf Bahasa Arab. Bil. 1 Mei 2001. Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan komunikasi, Universiti Putra Malaysia. 99-116.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2008). Teori dan Teknik terjemahan. Cetakan Ke-5. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd & Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Al-‘Abbasi, Ahmad Abdul Aziz Mahyub. (2006). Qābiliyāt al-Taʿabīr al-Balāghiyat wa al-Thaqāfiyat Li al-Tarjamat Fi Ḍau Dirāsāt Tarājum Maʿānī al-Qur’ān al-Karīm Ilā al-Lughāt al-Injilīziyah. Tesis Doktor Falsafah (tidak diterbitkan). Fakulti Kemanusiaan Universiti Sains Islam Malaysia.

Ali, A., Brakhw, M. A., Munif Z. F. N., & Sharifah Fazliyaton, S. I. (2012). Some Linguistic Difficulties in Translating the Holy Quran from Arabic into English. International Journal of Social Science and Humanity, 2(6), 588–590. Retrieved from http://doi.org/10.7763/IJSSH.2012.V2.178.

Anon. (2006). Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Che Mat. (2018). Ilmu al-Ma’āni dalam Terjemahan Arab-Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Ariffin & Idris Mansor. (2020). Analisis Kesahihan Terjemahan Unsur Figuratif al-Quran ke dalam Bahasa Melayu. dalam Prosiding Madani 2019 Seminar Antarabangsa Masyarakat Madani Alaf 21. 25 & 26 November 2019. Universiti Malaysia Terengganu. Penyunting: Noor Rohana Mansor, Kasyfullah Abd Kadir, Muhamad Khairul Zakaria, Che Hasniza Che Noh, Samsiah Abdul Hamid, Hamdan Aziz, Syahrin Said, Zamzahaila Mohd Zin dan Khairil Shazmin Kamaruddin. Penerbit UMT. 541-550.

Baharom et. al. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human sciences (3rd ed.). Mahwah, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Chua, Y. P. (2012). Asas statistik penyelidikan (Vol. 2). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Flora, H. K., & Chande, S. V. (2014). A systematic study on agile software development methodologies and practices. International Journal of Computer Science and Information Technologies, 5(3), 3626-3637.

Gikas, J., & Grant, M. M. (2013). Mobile computing devices in higher education: Student perspectives on learning with cellphones, smartphones & social media. The Internet and Higher Education, 19, 18–26.

Halim, Z. A., Salleh, A. W., Rahman, N. E. A., & Suhane, S. H. M. (2018). Konsep ‘Ilm Al-Bayan Dalam Gaya Bahasa Melayu: Sorotan Perbandingan Dan Pemanfaatannya Dalam Pengajaran Ilmu Balaghah. dalam Proceedings of International Conference on Ummah (ICU2018). 406.

Hasanah, S. U., Asrina, A., & Hadi, S. (2024). Stilistika Al-Qur’an: Keindahan Dan Kedalaman Bahasa Ilahi. El-Mahara: Jurnal Pendidikan dan Bahasa Arab, 2(1), 27-40.

Ismail, S., Zain, A. E. M., Ibrahim, H., Ismail, N., Hassan, N. A. A., & Meral, F. F. D. (2024). Kepentingan Aplikasi Digital dalam Pembelajaran Anak Muda Era Industri 4.0. Semarak International Journal of STEM Education, 1(1), 28-38.

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications and Distributors Sdn Bhd.

Mohamed, Y., Ibrahim, M. H., Saad, N. M., & Ismail, S. (2021). Perlaksanaan PdPC Balaghah Di Institusi Pengajian Tinggi Dari Perspektif Pensyarah. AL-QALAM International Online Journal of Arabic Language Studies, 1(1), 1-19.

Muhammad, A. (2008). Pendidikan Balaghah Arab di Malaysia. Penerbit UTM Press.

Muhammad, A., Abdullah, A. H. bin, Basiron, B. B., Jasmi, K. A. B. I. N., & Noor, S. S. B. I. N. M. (2007). Penguasaan pelajar sekolah menengah Aliran Agama terhadap pengajian ilmu Retorik Arab. Universiti Teknologi Malaysia.

Nawi, A., Hamzah, M. I. & Abd Sattai, S. A. (2014). Potensi penggunaan aplikasi mudah alih (mobile apps) dalam bidang pendidikan Islam. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 2(2).

Nazri Bin Atoh, Saipolbarin Bin Ramli & Muhammad Zulkifli Bin Abdul Manan. (2017). Keberkesanan Pengajaran Al- Balaghah Menggunakan Contoh Ayat Al-Quran. dalam Proceedings of The International Conference on The Teaching and Learning of Languages (ICTLL). 384.

Noor Eliza Abdul Rahman, N. A., Anida, N., & Zulazhan Ab. Halim. (2018). Penterjemahan istiʿārah dan kināyah dalam teks al-quran. dalam Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari, Unisza, 15- 16 September 2018. 15–16.

Othman, H. H. (1999). Pengajian balaghah di sekolah agama rakyat (Perak): Pengalaman dan tinjauan. Prosiding Seminar Balaghah (Retorika) Arab-Melayu, 113–127.

Othman, A. J., Norzan, N., Darusalam, G., & Siraj, S. (2011). Cabaran guru program LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masalah Pendidikan, 34, 37–51.

Jones, T. S., & Richey, R. C. (2000). Rapid prototyping methodology in action: A developmental study. Educational Technology Research and Development, 48(2), 63-80.

Raja Hazirah, R. S. (2012). Penguasaan Balaghah dalam kalangan pelajar IPT. Doctoral dissertation, Universiti Malaya.

Richey, R. C., & Klein, J. D. (2008). Research on design and development. In J. M. Spector, M. D. Merrill, J. van Merrienboer, & M. P. Driscoll (Eds.), Handbook of research for educational communications and technology (3rd ed., pp. 748–757). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Richey, R. C., Klein, J. D., & Nelson, W. A. (2004). Developmental Research: Studies of Instructional Design and Development. In Handbook of research for educational communications and technology (pp. 1099–130). http://doi.org/10.1007/978-1-4614-3185-5_12

Rosni Samah & Muhammad Marwan Ismail. (2009). Laporan Penyelidikan Penguasaan al-Balaghah dan Permasalahannya Di Kalangan Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Kajian Di Sekolah-Sekolah Agama Negeri Selangor. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Sery, S. A. M. (1999). Perintis ke Arah Memberi Nafas Baru kepada Ilmu Balaghah. Bangi: Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Saodah Hassan. (1999). Ilmu Bayan Satu Perbandingan Dengan Bahasa Melayu. Dalam Prosiding Seminar Balaghah (Retorika) Arab-Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 43-53.

Sopian, A., Ahmad, S., & Bakar, K. A. (2013). Penguasaan dan Permasalahan Pelajar Terhadap Pengajian Ilmu Balaghah: Satu Tinjauan Awal/Mastery and Problem of Students Against the Balaghah Studies: A Preliminary Survey. Islamiyyat, 35(1), 93.

Sulaiman, R. H. R., & Wahid, N. A. (2021). Faktor-faktor Kelemahan Pembelajaran Balaghah [Factors of Weaknesses in Learning Balaghah]. International Journal of Contemporary Education, Religious Studies and Humanities, 1(2), 111–120.

Wiersma, W. (2002). Research Methods in Educations: An Introduction. Edition 7. Boston: Allyn & Bacon.

Downloads

Published

25-09-2025

How to Cite

Abdullah, N., Samsudin, S. ., Abd. Rahman, L., Zainal Arifin, A. N., & Hambali, M. A. (2025). Kaji Selidik Rekabentuk dan Pembangunan Prototaip E-Kinayah Dalam Memahami Teks Terjemahan Al-Quran Kepada Bahasa Melayu : Survey On The Design And Development Of The E-Kinayah Prototype In Understanding Quranic Translation Texts Into Malay. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 12(3), 46–62. https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i3.249

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.