Impak Kepelbagaian Genre Permainan dalam Pembelajaran Kosa Kata Arab Bagi Penutur Bukan Natif

Authors

  • Siti Rohani Jasni Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Hatib Ismail Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Permainan pendidikan, gamifikasi, permainan didik hibur, bahasa Arab, genre permainan

Abstract

Hafalan lazimnya telah menjadi kaedah terpenting untuk mempelajari kosa kata Arab yang pelbagai. Namun, variasi pola kata Arab yang kompleks sering menjadi halangan utama kepada pelajar apabila terpaksa menghafal sejumlah perkataan yang banyak. Kesukaran ini semakin ketara apabila pelajar tidak dapat mengaitkan perkataan yang dipelajari dengan konteks sebenar dan kurang diberi peluang untuk menggunakannya dalam aktiviti komunikasi harian. Keadaan ini menyebabkan proses pembelajaran menjadi pasif dan pelajar mudah melupakan perkataan yang telah dipelajari dalam tempoh yang singkat. Bagi mengatasi masalah ini, pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif perlu diterapkan melalui aplikasi permainan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka genre permainan dalam pembelajaran bahasa Arab dan mengkaji impaknya terhadap penguasaan kosa kata Arab dalam kalangan pelajar bukan natif. Metodologi kajian berbentuk kajian kepustakaan melalui analisis kandungan dan dihuraikan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati beberapa istilah yang digunakan merujuk kepada permainan dalam pembelajaran antaranya ialah permainan pendidikan, permainan serius, permainan didik hibur dan gamifikasi. Terma yang digunakan untuk permainan dalam pembelajaran membawa tujuan dan fungsi yang sama untuk mencipta pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan. Kajian mendapati bahawa permainan menyumbang impak positif terhadap pencapaian pelajar dalam bahasa Arab. Penerapan elemen permainan dalam pembelajaran bahasa Arab bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman pelajar tetapi berupaya mengekalkan ingatan untuk jangka masa yang panjang melalui amalan praktis. Implikasi kajian ini diharap dapat menyumbang idea kepada para pendidik untuk menerapkan permainan sebagai strategi inovatif dalam pengajaran bahasa Arab bagi membantu pelajar menguasai kosa kata dengan lebih berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

cAbd al-cAziz, Nasif. (2010). al-‘Alcab al-Lughawiyyah fi Taclim al-Lughat al-‘Ajnabiyyah ma cal-‘Amthilah li Ta clim al-cArabiyyah li ghayr al-Natiqin bi ha. al-Riyad: Dar al-Marikh li al-Nashr.

Ahmad Baihaqi. (2016). Game Tashrif Si Zaid Menggunakan Algoritma Modified BI-Directional A untuk Mengatur Pathfinding Army. Tesis Sarjana Fakulti Sains dan Teknologi, Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang.

Ahmad Tu’aimah, R. (1989). Ta’lim al-‘Arabiyyah Li Ghayr al-Natiqina Biha Manahijuhu Wa Asalibuhu. Universiti al-Manshurah: Manshurat al-Munazzamah al-Islamiyyah Li al-Tarbiyyah wa al-‘Ulum wa al-Thaqafah-ISISCO.

Almelhes, Sultan A. (2024). Gamification for Teaching the Arabic Language to Non-Native Speakers: A Systematic Literature Review. Frontiers in Education 3-11.

Ariza Abdullah, Norhana Md. Salleh, Noorzalina Noor & Taj Rijal Muhamad Romli. (2024). Inovasi Permainan Tradisional dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Asing. Asian People Journal 7(1):206-222.

Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat & Mat Taib Pa. (2012). Membina Kemahiran Pertuturan Menerusi Aktiviti Lakonan dalam Pengajaran Bahasa Arab. GEMA Online Journal of Language Studies 12: 325–337.

Azizan, M.T., Mellon, N., Ramli. R.M., Yusup, S. (2018). Improving Teamwork Skills and Enhancing Deep Learning Via Development of Board Game Using Cooperative Learning Method in Reaction Engineering Course. Education for Chemical Engineers 22: 1-13.

David R. Michael & Sande, Chen. (2006). Serious Games: Games That Educate, Train, and Inform. Thomson Course Technology.

Dorry, G.N. (1966). Games for Second Language Learning. United States: McGraw-Hill, Inc.

Deterding, S., Dixon, D., Khaled, R., & Nacke, L. (2011). From Game Design Elements to Gamefulness: Defining" Gamification". In Proceedings of the 15th International Academic Mindtrek Conference: Envisioning Future Media Environments pp. 9-15.

Fairosnita Ibrahim & Kamarul Shukri Mat Teh. (2015). Pengaruh Permainan Bahasa Terhadap Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Pembelajaran Perbendaharaan Kata Bahasa Arab. Tinta Artikulasi Membina Ummah 1 (2): 41-50.

Furdu, I., Tomozei, C. & Kose, U. (2017). Pros and Cons Gamification and Gaming in Classroom. BRAIN. Broad Research in Artificial Intelligence and Neuroscience 8 (2): 56–62.

Hamadallah Mohammad Salleh Kenali, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Noor Saazai bt Mat Saad, Hazlina Abdullah & Ashwaq Mohammad Salleh Kenali. (2019). The Effects of Language Games on Smartphones in Developing Arabic Speaking Skills among Non-Native Speakers. Creative Education 10:972-979.

Hazrati Yahaya, Hanis Najwa Shaharuddin, Fudzla Suraiyya Abdul Raup, Nor Zahidah Ahmad, & Muhammad Hatta Shafri. (2022). Persepsi Pelajar Terhadap Pemanfaatan Gamifikasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics 6(2):1-13.

Ibrahim Youssef AbdelHamid, Hazrati Yahya & Hanis Najwa. (2023). Assessing the Impact of Gamification on Academic Achievement and Student Perceptions of Learning Arabic Grammar: A Quasi-Experimental Study. International Journal of Research in Business and Social Science 13(5):760 – 773.

Juan, A.A, Loch, B., Daradoumis, T., Ventura, S. (2017). Games and Simulation in Higher Education. International Journal of Educational Technology in HigherEducation 14: 37.

Juriah Long. (1998). Pengajaran Bahasa Melayu Secara Interaktif. Dlm. Juriah long (pnyt.). Inovasi dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan Teknologi Maklumat. Bangi: Penerbit UKM.

Kitikedizah Hambali & Maimun Aqsha Lubis. (2022). Kepentingan Gamifikasi dalam Pengajaran dan Pemudahcara Pdpc Pendidikan Islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) 5 (1):58-64.

Khaleel, F.L, Sahari @ Ashaari, N., tengku Wook, T.S.M. & Ismail, A. (2016). Gamification Elements for Learning Applications. International Journal on Advanced Science, Engineering and Information Technology 6 (6):868-874.

al-Khuliy, M. A. (1986). Asalib Tadris Al-Lughah Al-’Arabiyyah. Ke-2. Riyad, Saudi Arabia: Matabi‘ al-Farazdaq al-Tijariyyat.

Mahyudin Ritonga, Suci Ramadhanti Febriani, Martin Kustati, Ehsan Khaef, Apri Wardana Ritonga & Renti Yasmar. (2022). Duolingo: An Arabic Speaking Skills’ Learning Platform for Andragogy Education. Education Research International pp. 1-9.

Mei, S.Y, Juo, S.Y & Zalika Adam. (2018). Implementing Quizizz as Game Based Learning in the Arabic Classroom. European Journal of Social Sciences Education and Research 5 (1):208-212.

Mira, Syihabudin, Yayan Nurbayan. (2020). Evaluation Of Arabic Learning Using The Kahoot Application In The Pandemic Era Of Covid-19. Ta’lim al- Arabiyyah: Jurnal Pendidikan Bahasa Arab & Kebahasaaraban 4(2):153-164.

Mohammad Saleh, Zamri Arifin & Lily Hanefarezan. (2022). al-al’ab al-Lughawiyyah fi Ta’allum al-Balaghah al-‘Arabiyyah li al-Natiqina bi Ghayr al-‘Arabiyyah. Ijaz Arabi: Journal of Arabic Learning 5 (3):671-689.

Muhammad Syaifullah. (2016). Pembelajaran Kooperatif Tipe Make A Match Dalam Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab Santri TPA Al-Barokah Hadimulyo Timur Metro Pusat. At-Ta’dib 11(2):305–321.

Mohammad Taufiq Abdul Ghani, Wan Ab Aziz Wan Daud Mahizer Hamzah, Taj Rijal Muhamad Romli. (2022). The Impact of Mobile Digital Game in Learning Arabic Language at Tertiary Level. Contemporary Educational Technology 14(1):1-18.

Nailur Rahmawati. (2018). Pengembangan Alat Permainan Edukatif dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Madrasah Ibtidaiyah Wahid Hasyim Sleman Yogyakarta. Lisanul Arab 7 (1): 37- 44.

Nur Syuhada Mat Husin & Zamri Mahamod. (2023). Tahap Minat dan Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Penggunaan Bahan Pembelajaran Gamifikasi dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. PENDETA, 14(2), 131–145.

Rosni Samah. (2009). Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Sharif Mohd Farid Sharif Basa & Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi. (2024). Didik Hibur Sebagai Amalan Pengajaran yang Berkesan oleh Guru Tasmik di Malaysia: Satu Soroton Literatur. Tinta Artikulasi Membina Ummah 10 (1):24-34.

Siti Rohani Jasni, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad & Hakim Zainal. (2019). Pendekatan Gamifikasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab: Gamification Approach in Learning Arabic Language. Journal of Fatwa Management and Research, 13(1), 358–367.

Siti Rohani Jasni, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad & Hakim Zainal. (2020). Impak Pendekatan Kreatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kosa Kata Arab. Bitara International Journal Of Civilizational Studies And Human Sciences 3(1), 10-21.

Siti Rohani Jasni, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad & Hakim Zainal. (2024). Exploring Games to Enhance Arabic Morphology Learning. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 7(3), 84-94.

Siti Rohani Jasni, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad & Hakim Zainal. (2023). Aplikasi Papan Permainan Morfologi Arab. UKM Press: Bangi.

Suhaila Zailani @ Ahmad, Maryam Abdul Rahman, Salmah Ahmad, Kaseh Abu Bakar & Hakim Zainal. (2017). Mucaskar Wasit Facal li Tacziz al-Maharat al-Lughawiyyah. Dlm. al-Lughah al-cArabiyyah wa Adabuha wa Thaqafatuha fi al-Mamlakah al-cArabiyyah al-Sucudiyyah wa Maliziyya, hlm. 307-319. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Suhaila Zailani @ Ahmad, Kaseh Abu Bakar, Nik Farhan Mustapha, Hakim Zainal, Zulkifli Nawawi & Ezad Azraai Jamsari. (2019). Improvement in Sarf (Morphology) Competency through Gamification at Miri National Religious Secondary School (SMKAMi). International Journal of Academic Reseach in Bussiness & Social Sciences. 9 (1): 684-697.

Syaifullah, M. (2016). Pembelajaran Kooperatif Tipe Make A Match Dalam Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab Santri TPA Al-Barokah Hadimulyo Timur Metro Pusat. At-Ta’dib 11(2), 305–321.

Tan Wee Hoe. 2016. Gamifikasi dalam Pendidikan. Tanjong Malim: UPSI.

Wan Ab Aziz Wan Daud, Mohammad Taufiq Abdul Ghani & Nur Adnin Binti Zuhar. (2024). Student's Perceptions Towards Learning Arabic Language Through Digital Game. IJAZ Arabi: Journal of Arabic Learning 7 (3): 881-892.

Yu, Z., Gao, M., & Wang, L. (2021). The Effect of Educational Games on Learning Outcomes, Student Motivation, Engagement and Satisfaction. Journal of Educational Computing Research, 59(3), 522-546.

Yasmin Hussain & Taj Rijal Muhamad Romli. (2024). Penggunaan Permainan ‘Snap Card’ untuk Meningkatkan Kosa Kata Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 di Daerah Temerloh, Pahang. SIBAWAYH Arabic Language and Education 5, 2:70-84.

Zulfatun Anisah. (2024). Implementation of Gamification In Arabic Language Learning and its Impact on Students' Motivation in Awang Semaun Secondary School, Indonesia. GIYAT:Education Science Vol 1, 1:17-29.

Downloads

Published

30-04-2025

How to Cite

Jasni, S. R. ., & Ismail, M. H. . (2025). Impak Kepelbagaian Genre Permainan dalam Pembelajaran Kosa Kata Arab Bagi Penutur Bukan Natif. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 12(1), 148–158. Retrieved from https://www.ejpi.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/ejpi/article/view/225

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.