Penyembahan Imej dalam Agama Kristian, Hindu dan Buddha: Analisis Perbandingan

Authors

  • Nurhanisah Senin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Mustafa Kamal Ahmad Misra Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Keywords:

Penyembahan, Imej, Kristian, Hindu, Buddha

Abstract

Penyembahan imej dalam agama merupakan teras kepada sebahagian kepercayaan seperti Kristian, Hindu dan Buddha. Sebaliknya dalam ajaran monoteistik Islam dan Yahudi, penyembahan imej dalam upacara peribadatan adalah dilarang kerana menurut ajaran Islam dan Yahudi tuhan tidak boleh disembah dalam bentuk imej yang direka oleh manusia. Namun begitu, menurut penganut Kristian, Hindu dan Buddha, imej yang wujud dalam upacara keagamaan mereka hanyalah merupakan simbol dalam melaksanakan penyembahan mereka. Justeru, kertas kerja ini membincangkan konsep penyembahan imej dalam Kristian, Hindu dan Buddha dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan ajaran Kristian dan Buddha menganggap imej yang wujud dalam peribadatan sebagai simbol perantaraan bertujuan meningkatkan fokus dalam penyembahan. Berbeza dengan agama Hindu yang benar-benar menganggap tuhan mereka menjelma dalam bentuk patung yang disembah. Tuntasnya, penyembahan imej dalam agama Kristian, Hindu dan Buddha jelas mempunyai persamaan dan perbezaan daripada aspek fungsi, rupa bentuk dan konsep ketuhanan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Cortright, Brant (2010). Integral Psychology: Yoga, Growth, and Opening the Heart. New York: State University of New York Press.

Eck, Diana (1998). Darsan: Seeing the Image in India. New York: Columbia University Press Fowler, Jeaneane D. (1996). Hinduism: Bleiefs and Practices. UK: Sussex Academic Press.

Gwynne, Paul. (2018). World Religions in Practice: A Comparative Introduction. USA: Wiley

Halbertal, Moshe, Margalit, Avishai & Goldblum, Naomi. (1992). Idolatry. Harvard: Harvard University Press.

Harvey, Peter. (2015). An Introduction to Buddhism: Teachings, History and Practices.

Cambridge: Cambridge University Press

Hillerbrand, Hans J. (2012). A New History of Christianity. Maryland: Abingdon Press Kaufmann, Yehezkel. (1960). The Religion of Israel: From its Beginnings to the Babylonin

Exile. Univ. of Chicago Press.

Reinders, Eric. (2005) Francesco Pellizzi (ed.). Anthropology and Aesthetics. Harvard: Harvard University Press.

Ridzuan Wu. (2011). Explaining Islamic Beleifs Across Cutures. Kuala Lumpur: Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia and the Pacific.

Salmond, Noel, (2006). Hindu Iconoclasts: Rammohun Roy, Dayananda Sarasvati, and Nineteenth-Century Polemics against Idolatry. Wilfrid Laurier University Press.

Swearer, Donald K. (2004). Becoming the Buddha: The Ritual of Image Consecration in Thailand. Nj: Princeton University Press

Published

29-04-2020

How to Cite

Senin, N., Ahmad Misra, M. K., & Abdul Mutalib, M. F. M. . (2020). Penyembahan Imej dalam Agama Kristian, Hindu dan Buddha: Analisis Perbandingan. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 7(1), 123–140. Retrieved from https://www.ejpi.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/ejpi/article/view/149

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)