Pelantikan Hakim di Mahkamah Syariah: Analisis Berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang
Keywords:
Hakim, Mahkamah, Kadi, Keadilan dan al-Qadha.Abstract
Hakim ataupun Kadi ialah seorang yang dilantik oleh pemerintah untuk memutuskan dan menyelesaikan pertikaian, tuntutan dan persengketaan masyarakat. Hakim merupakan tunggak kepada sistem keadilan dan sebahagian daripada sistem sesebuah negara. Ulama telah menetapkan dan membincangkan dengan panjang lebar tentang syarat-syarat dan kriteria pelantikan seseorang itu ke jawatan hakim. Malaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang iaitu undang-undang sivil yang berteraskan undang-undang Inggeris serta undang-undang Islam yang berteraskan al-Quran dan Hadis. Oleh yang demikian, maka wujudnya sistem dwi mahkamah, iaitu mahkamah awam dan mahkamah syariah. Hakim-Hakim di mahkamah awam mempunyai kaedah dan tatacara lantikannya seperti mana yang telah diperuntukkan dalam undang-undang. Begitu juga dengan pelantikan hakim-hakim di mahkamah syariah, ianya termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri masing-masing. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengupas mengenai syarat-syarat, kriteria dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan hakim di mahkamah syariah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen seperti kitab-kitab, makalah ilmiah, buku-buku, jurnal dan statut. Hasil daripada kajian ini akan menjelaskan mengenai item-item penting dalam proses pelantikan hakim di mahkamah syariah. Kajian ini diharapkan dapat membantu dalam menjelaskan mengenai proses-proses pelantikan hakim di mahkamah syariah.
Downloads
References
Abu Haniffa Mohamed Abdullah & Mohd Yazid Bin Zul Kepli (2008) Women Judges In Shariah Court: Why Not? [2008] 4 Shlr Xxxvii
Abdul Munir Yaacob edt (1996) Etika Hakim dan Peguam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Abdul Munir Yaacob edt (2001) Sistem Kehakiman Islam.Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Ahmad Ibrahim edt (1997) Al-Ahkam: Penghakiman dan Kepeguaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Autwah, Abdul (1969) Nizamul Qadha fil Islam .Maktab al-Ahram: Mesir. Ibnu Abidin, Muhammad Amin (1969) Haisah Ruddul Mokhtar. Mesir: Mustafa Halabi.
Al-Mawardi, Abil Hassan (1978) al-Ahkam al-Sultaniyah. Mesir: Maktabah al-Taufiqiyah.
Awad, Ibrahim Najib (1975) al-Qadha fil Islam.Kaherah.
Ibnor Azli & Md Yazid (2005) Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan Dan Bidangkuasa. Kajian Syariah dan Undang-Undang - Siri 2/2005.
Hairuddin Megat Latiff & Nuarrual Hilal Md. Dahlan (2003) Pelantikan Hakim Mahkamah Sivil Dan Syariah Di Malaysia. 24 Kanun [September 2003].
Abdul Karim Zaidan (2010) Sistem Kehakiman Islam, Jilid 1, terjemahan oleh Mohd. Saleh Haji Ahmad, Kuala Lumpur: Pustaka Haji
Abdul Majid.
Mahmud Saedon, A. Othman (1990) Kadi, Pelantihan, Perlucutan dan Bidang Kuasa,Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahmud Saedon (1991) Kadi, Pelantikan, Pelucutan dan Bidangkuasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Karim Zaidan (1984) Nizamul Qada'Fi al-Syariah al-Islamiah, Kaherah.
Kamaluddin, Ibnu. Humam, Fath al-Qadir, Jilid 7, Mesir.
Zaini Nasohah et al (2015) Justifikasi Pelantikan Hakim Wanita di Mahkamah Syariah Negeri Negeri di Malaysia. 3rd International Seminar on Syariah & Common Law 2015.
STATUT
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Ordinan Mahkamah Syariah (Sarawak) 2001.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.










